Isnin, 20 Julai 2009

frenz ever


Renungan
Satu minit yang akan datang lebih berharga dari 1000 tahun masa yang telah berlalu…….terbuang satu minit ……..bererti tidak akan dikejar dengan 1000 tahun kelalaian sesaat……mungkin akan merugikan selamanya …..waktu itu lebih berharga daripada emas….jadi isikanlah ia dengan amal soleh..
(renung-renungkan)..

pengorbanan seorang ibu renungkan




SESUDU BUBUR UNTUK SI IBU

Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. Ibu menggocang-goncang dan meraup butiran beras di dalam bekas tin itu. Hanya ada dua tin. Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki. Beras sudah hampir habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu?ayah? saya tahu, ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

“ibu mengerling kea rah kami yang masih belum makan . saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian masukkannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setngah jam, ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia.

“Bubur nasi itu berasap, Seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yang paling bongsu. Makanlah kami sepuluh berasik ini sehingga pinggan licin bersih. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.
“Pagi, kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan, ibu menyalakan api untuk memasak. Ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. Sekali lagi ibu membuat bubur yang cair.
“seperti semalam juga kami menghirup bubur sehingga habis. Bubur itu, walaupun cair, saya rasakan begitu enak sekali. Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.
“Tengah hari itu pun begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. Setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. Mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup miskin dan susah, tetapi kami tidak tidak meminta-minta. Kemudian, saya lihat ibu berpaling ke belakang.

“Masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang kearah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik. Saya tidak menyangka, seperti saya, kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa menkmati bubur cairnya. Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.
“Saya tidak tahu kenapa. Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? Atau, ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?

“Perlahan-lahan kakak mengesotkan badannya mendekati ibu. Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnyakosong. Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya!.
“Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk disekelilingnya. Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu. Kemudian kami seramai sepuluh beradik sepakat menhadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.

“Kami sedih. Kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu.
Ibu berkorban untuk, ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.

“Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengesot mendekati ibu. Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.
“Makanlah mak!” kata kakak. Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari kebilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik…”


adakah anda mampu melakukan sepertimana ibu kita membesarkan kita hingga menjadi sempurna...?..HARGAILAH IBU DAN BAPA KITA seperti mana dia menghargai kehadiran kita di dunia dan sebagai penyeri keluarga.."mama amal sayang mama selalu dan amal akan cuba untuk megemnbirakan mama walau apa cara sekali pun..amal harap mama dapat menunggu sehingga amal berjaya kelak..."

IRSYAD AL-FATWA KE-42: HUKUM ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

Assalamualikum w.b.t hari ini tanggal puasa hari yang ke 4.....syukur kita masih di panjangkan umur dan dapat berjumpal agi ramadhan dan se...