Jumaat, 17 Julai 2009

RAHSIA KEAYUAN WANITA


Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.

Berikut merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan mereka.

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental.
Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan.
Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh.
Jangan tidur siang hari.Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’.
Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan.
Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.
Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.
Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis.
Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat.
Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun.
Langkah jangan terlalu besar.Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang.
Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh.
Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana.
Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.Menjaga mata.
Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling.
Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi.
Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar.
Minta izin ibubapa.
Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
Menjaga sikap. Taat beragama.
Jangan bohong.Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


GADIS-GADIS INGIN TAHU TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA?
Ingin tahu tanda-tanda lelaki kalau sedang jatuh cinta berat? Begini katanya….
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukankarena terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..
3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.
4.. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkanseluruh perhatian kepadanya.
9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanyalebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan pentingdengannya.
17. Dia coba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dansanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23.. Tidak semua laki-laki sanggup meneteskan airmata hanya untuk seorang wanita.Hargailah insan bergelar lelaki…













































Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Pengorbanan seorang bapa

Kasih Seorang Bapa
Hujan semakin lebat, angin bertiup kencang.
Di langit, kilat petir memanah kebumi.
Seorang bapa dan anak perempuannya basah kuyup menuju ke arah sebuah jambatan.
Hujan telah lebat, mereka perlu pulang segera sebelum langit menjadi gelap.
Si bapa melihat anak sungai yang deras dan ganas.
Kemudian dia memandang ke arah jambatan kayu di hadapannya.
Biarpun beberapa batang kayu pada jambatan itu telah kopak dan reput,
mereka perlu melintasinya. Tiada jalan lain.
Si bapa memandang anak perempuannya yang sedang menggigil kesejukan.
“Sayang…” kata si bapa, “Pegang tangan ayah kuat-kuat.”
Jawab si anak, “Tak mahu! Ayah yang kena pegang tangan saya kuat-kuat!”
Si bapa terdiam. “Ahh.. kan sama saja tu.”
“Tak sama, ayah…” Jawab si anak, “ Kalau saya pegang tangan ayah dan
terjadi apa-apa pada saya, saya mungkin akan terlepas tangan ayah.
Tapi kalau ayah yang pegang, saya tahu walau apapun yang terjadi,
ayah takkan lepaskan tangan saya…”

IRSYAD AL-FATWA KE-42: HUKUM ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

Assalamualikum w.b.t hari ini tanggal puasa hari yang ke 4.....syukur kita masih di panjangkan umur dan dapat berjumpal agi ramadhan dan se...